Pages

Identiti Negara

Setiap negara mempunyai identiti yang tersendiri. Kita sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab mestilah mengenali, memahami dan menghayati identiti negara kita. Oleh itu, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan identiti negara demi kesejahteraan bersama. 

Antara identiti Malaysia ialah :

A) Rukun Negara












B) Jalur Gemilang










Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.


C) Lagu Negaraku
 

D) Bahasa Kebangsaa
Ketika tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Tanah Melayu dalam Perkara 152. Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan pada tahun 1960 .


E) Bunga Kebangsaan











Bunga Raya menjadi simbol kepada masyarakat majmuk atau masyarakat pelbagai kaum. Pada 28 Julai 1960, bunga Raya diisytiharkan menjadi bunga kebangsaan . 








No comments:

Post a Comment